KERJA vs KELUARGA

on Friday, February 12, 2010
Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepadamu ya Allah,kerana akhirnya dapat juga menulis di blog yang sudah lama terbiar ini...sedihnya,nak buat macammana,mula aja persekolahan baru bermulalah episod baru,bermula dari dinihari seawal jam 4.30 @ 5.00 pagi pergerakan mesti pantas dan seperti yang dijadualkan. Segala mesti disiapkan sebelum jam 7.00..itupun dengan bantuan abangku sayang,(jazakallah ya bang..)kalau idak kena guna plan B..Alhamdulillah kami tinggal di kuarters sekolah.

Hari-hari yang dilalui terasa amat singkat dan pantas. Kerja2 sekolah ada yang tidak sempat disiapkan terpaksa dibawa balik ke rumah! Kadang2 tak terusik langsung,macam tu balik cam tu la perginya semula. Rasa bersalah teramat sangat bila kerja tak siap! Ni sambung semula selepas terbengkalai 2 hari..panggilan jihad!(si kecik yang 11 bulan terjaga..apalagi nak menyusu la tu). Alhamdulillah masih lg susu badan sepenuhnya bila tak kerja,sama cam kakak2 dan abang2nya.



Sekarang hari2 yang penuh dugaan dalam hidupku. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang,dalam ujiannya terasa penuh keni'matan, semua ini adalah ujian keimanan;


i. Bonda tinggal keseorangan di kampung,sentiasa ulangalik setiap hari ke rumah abang dan adik (jazakallah buat buat adikberadik di kampung),hati mana tak sedih kerana bonda tak mau tinggal bersama dek kerana tak nak tinggalkan rumahnya




ii. Aku adalah ibu bekerja dan mempunyai anak 5 yang masih kecil! Huh....amat mencabar dan kesin kepada mereka kerana kadang-kadang kena marah kerana tak melakukan sesuatu seperti yang dijadualkan! Terima kasih tidak terkira untuk suami yang cukup2 memahami dan banyak membantu.."bang petang ni ayang tak sempat masak!Camne ye? Tak apa makan apa yang ada..". Allahuakbar! Maha suciMu ya Allah kerana telah mengurniakan kepadaku seorang suami yang amat amat baik dan menyayangi diri ini, SYUKUR padaMu ya Allah.





iii. Anak sulungku dah tak tahan dengan jadual ketat pembelajarannya terutama bila waktu tidurnya hanya lebih kurang 3 jam. Ya Allah berilah ketabahan, kesabaran dan kekuatan kepada anakanda Maryam dalam usahanya menjadi penuntut ulul albab! Tapi kalau empunya diri sudah tidak berupaya, nak buat macam mana lagi, ku serahkan segalanya padaMu ya Allah.


iv. Terakhir.. yang paling mengembirakan tanggal 20 Februari ni aku akan mendapat adik ipar! Adik yang bongsu akan menamatkan zaman bujangnya setelah begitu lama menanti saat ini...Kesabaranmu dik akhirnya berbaloi! Nampaknya balik ganu la ni! Huh seronoknya dapat berkumpul adik beradik, anak buah dan saudara mara.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mnereka tidak diuji?"
"Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang dusta" (al-ankabut:2-3)


PMR 2009..bersyukur kepadaMU ya ALLAH

on Sunday, December 27, 2009

Assalamualaikum Wm.Wbt. kepada semua

Gembira dan sedih silih berganti...Itulah wajah anak-anak murid yang datang mengambil keputusan peperiksaan PMR 2009. Tahniah!Tahniah! berselang seli guru, kawan-kawan dan juga ibubapa mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Pujukan dan harapan diberikan kepada anak-anak didik yang tak berjaya mendapat 9A . Kesedihan menyelubungi wajah mereka setelah melihat slip keputusan....

Anak-anak didik sekelian,
Kejayaan adalah impian semua anak-anak yang berjuang selama 3 tahun termasuk ibubapa dan guru-guru. Kegagalan tidak bermakna anak-anak telah gagal semuanya. Kita merancang dan berusaha ke arah itu, tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya.... Redha akan memberi ketenangan di hati anak-nak sekelian. Gagal sekarang tidak bermakna anak-anak akan gagal untuk kesekian kali...

Kami guru pun turut berkongsi rasa,gembira dan bersyukur kepada Ilahi kerana usaha dan doa selama ini dimakbulkan. Alhamdulillah gred purata sekolah terus meningkat!Bahasa Arab meningkat peratus A nya kepada 80%. Yang paling penting semua lulus....Tapi Pend.Islam tahun ini nampaknya tak ada rezeki nak mengekalkan pencapaian 100% A ,dan tahniah KHB yang telah merampas kembali takhta ini. Sedih kerana belum rezeki untuk mencapai sasaran 100% A semua subjek. Tahun depan kita terus berjuang..semoga perjuangan kita terus diberkati Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rezeki kepada hamba2Nya.

Buat anak-anak didik yang telah menghantar sms memohon maaf kerana tidak mendapat A dalam dalam subjek B.Arab maupun Pend.Islam, usahlah merasa bersalah....anak-anak semua telah berusaha bersungguh-sungguh namun rezeki belum lagi menyebelahi anak2. Mohonlah keampunan dan petunjuk dari Ilahi,moga-moga anak2 akan dikurniakan ni'mat dan rezeki lain yang lebih baik lagi. Kami para guru juga redha dengan ketentuan dariNya,mohon MAAF andainya kekurangan kami menjadi penyebab kegagalan anak-anak! Kami juga insan biasa, yang banyak kelemahan dan kekurangan..Buktikan anak-anak adalah insan yang terpilih dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri ketika anak2 berada di ting 4 nanti. USAHA, DOA dan TAWAKKAL demi sebuah kejayaan di dalam SPM 2011. Tetapi ingatlah kejayaan yang paling utama dan paling penting ialah berjaya di dunia dan menjadi golongan yang berjaya di negeri akhirat kelak...

"WAHAI TUHAN KAMI KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA, DAN JUGA KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARIPADA AZAB API NERAKA"

BONDA tersayang....

on Wednesday, December 2, 2009

Assalamualaikum wm.wbt,

Tiada madah untuk dituturkan,tiada bicara yang boleh kami luahkan,tanda terima kasih kami kepada mu wahai BONDA! Tapi sekarang bonda keseorangan kami tinggalkan..bonda boleh menjaga kami adik beradik seramai 6 orang,tapi kami...!telah 17 tahun Ayahanda pergi meninggalkan kita semua,tapi bonda tetap mahu tinggal di rumah peninggalan ayahanda.

Untuk kesekian kalinya pada hariraya aidiladha yang lalu kami adik beradik berkumpul,bermaafan,bergelakketawa,berbincang,memujuk dan menyuarakan pandangan,namun bonda tetap mahu di rumah itu! Rumah yang telah banyak meninggalkan 1001 cerita suka duka bonda dan ayahanda dalam membesarkan kami semua.

Kami tahu ayahanda dan bonda sangat tabah dalam membesar serta mendidik kami.
Hasilnya kesemua kami dapat merasai nikmatnya hidup di menara gading samaada di dalam maupun luar negara. Kini semua kami sudah mempunyai kerjaya masing2. Tapi bonda tetap bonda..salah dan silap kami masih lagi dibebel macam dulu,bonda terlalu perihatin dan menyayangi anak2nya. Bonda tak mau anak2 mewarisi kehidupannya yang buta huruf dan serba kekurangan.

Bonda...
Walau apapun keputusan yang bonda buat,walaupun kami berjauhan,walaupun kami tak boleh mendengar celotehmu,walaupun kadang2 tersasul bicara, walaupun kau kadang2 terkilan dengan sikap anak2 yang menunjuk terlampau pandai,ketahuilah...wahai bonda kami tetap meyayangimu setulus hati kami.Hanya doa yang kami iringi setiap kali selepas solat..semoga bonda sentiasa diberi kekuatan dan kasih sayang Allah dalam mengharungi kehidupan sendirian.
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menngasihaniku semasa kecil...amin ya Rabbal aalamin! Taqabbalallah

ALKISAH...mengemas rumah

on Monday, November 30, 2009
Assalamualaikum wm.wbt...
Huh..hari pertama setelah sampai dari Terengganu, raya haji kat sana la.Rumah...jangan citer le!bersepah sungguh, tak tau nak mula berkemas yang mana dulu. Apatah lagi nak pindah rumah ni, suami dah mula buka kotak..he he isteri dok sibuk nak update blog!maklumlah orang baru belajar..semangatnya berkobar2,cerite pun banyak nak dikarang...

Ok la,lain kali sambung lagi,nanti bising lak cik abang tu.."yaaang barang belum kemas ni,yang mana dulu nak masuk kotak ni?"hah suami tersayang dah memanggil.

Apapun banyak lagi catatan yang akan menyusul dalam mengharungi kehidupan ini,insyaAllah


catatan
kini baru ku sedar seronoknya ada blog...he he, lagi pun masa cuti ni..panjang lak tu