PMR 2009..bersyukur kepadaMU ya ALLAH

on Sunday, December 27, 2009

Assalamualaikum Wm.Wbt. kepada semua

Gembira dan sedih silih berganti...Itulah wajah anak-anak murid yang datang mengambil keputusan peperiksaan PMR 2009. Tahniah!Tahniah! berselang seli guru, kawan-kawan dan juga ibubapa mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Pujukan dan harapan diberikan kepada anak-anak didik yang tak berjaya mendapat 9A . Kesedihan menyelubungi wajah mereka setelah melihat slip keputusan....

Anak-anak didik sekelian,
Kejayaan adalah impian semua anak-anak yang berjuang selama 3 tahun termasuk ibubapa dan guru-guru. Kegagalan tidak bermakna anak-anak telah gagal semuanya. Kita merancang dan berusaha ke arah itu, tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya.... Redha akan memberi ketenangan di hati anak-nak sekelian. Gagal sekarang tidak bermakna anak-anak akan gagal untuk kesekian kali...

Kami guru pun turut berkongsi rasa,gembira dan bersyukur kepada Ilahi kerana usaha dan doa selama ini dimakbulkan. Alhamdulillah gred purata sekolah terus meningkat!Bahasa Arab meningkat peratus A nya kepada 80%. Yang paling penting semua lulus....Tapi Pend.Islam tahun ini nampaknya tak ada rezeki nak mengekalkan pencapaian 100% A ,dan tahniah KHB yang telah merampas kembali takhta ini. Sedih kerana belum rezeki untuk mencapai sasaran 100% A semua subjek. Tahun depan kita terus berjuang..semoga perjuangan kita terus diberkati Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rezeki kepada hamba2Nya.

Buat anak-anak didik yang telah menghantar sms memohon maaf kerana tidak mendapat A dalam dalam subjek B.Arab maupun Pend.Islam, usahlah merasa bersalah....anak-anak semua telah berusaha bersungguh-sungguh namun rezeki belum lagi menyebelahi anak2. Mohonlah keampunan dan petunjuk dari Ilahi,moga-moga anak2 akan dikurniakan ni'mat dan rezeki lain yang lebih baik lagi. Kami para guru juga redha dengan ketentuan dariNya,mohon MAAF andainya kekurangan kami menjadi penyebab kegagalan anak-anak! Kami juga insan biasa, yang banyak kelemahan dan kekurangan..Buktikan anak-anak adalah insan yang terpilih dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri ketika anak2 berada di ting 4 nanti. USAHA, DOA dan TAWAKKAL demi sebuah kejayaan di dalam SPM 2011. Tetapi ingatlah kejayaan yang paling utama dan paling penting ialah berjaya di dunia dan menjadi golongan yang berjaya di negeri akhirat kelak...

"WAHAI TUHAN KAMI KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA, DAN JUGA KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARIPADA AZAB API NERAKA"

BONDA tersayang....

on Wednesday, December 2, 2009

Assalamualaikum wm.wbt,

Tiada madah untuk dituturkan,tiada bicara yang boleh kami luahkan,tanda terima kasih kami kepada mu wahai BONDA! Tapi sekarang bonda keseorangan kami tinggalkan..bonda boleh menjaga kami adik beradik seramai 6 orang,tapi kami...!telah 17 tahun Ayahanda pergi meninggalkan kita semua,tapi bonda tetap mahu tinggal di rumah peninggalan ayahanda.

Untuk kesekian kalinya pada hariraya aidiladha yang lalu kami adik beradik berkumpul,bermaafan,bergelakketawa,berbincang,memujuk dan menyuarakan pandangan,namun bonda tetap mahu di rumah itu! Rumah yang telah banyak meninggalkan 1001 cerita suka duka bonda dan ayahanda dalam membesarkan kami semua.

Kami tahu ayahanda dan bonda sangat tabah dalam membesar serta mendidik kami.
Hasilnya kesemua kami dapat merasai nikmatnya hidup di menara gading samaada di dalam maupun luar negara. Kini semua kami sudah mempunyai kerjaya masing2. Tapi bonda tetap bonda..salah dan silap kami masih lagi dibebel macam dulu,bonda terlalu perihatin dan menyayangi anak2nya. Bonda tak mau anak2 mewarisi kehidupannya yang buta huruf dan serba kekurangan.

Bonda...
Walau apapun keputusan yang bonda buat,walaupun kami berjauhan,walaupun kami tak boleh mendengar celotehmu,walaupun kadang2 tersasul bicara, walaupun kau kadang2 terkilan dengan sikap anak2 yang menunjuk terlampau pandai,ketahuilah...wahai bonda kami tetap meyayangimu setulus hati kami.Hanya doa yang kami iringi setiap kali selepas solat..semoga bonda sentiasa diberi kekuatan dan kasih sayang Allah dalam mengharungi kehidupan sendirian.
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menngasihaniku semasa kecil...amin ya Rabbal aalamin! Taqabbalallah

ALKISAH...mengemas rumah

on Monday, November 30, 2009
Assalamualaikum wm.wbt...
Huh..hari pertama setelah sampai dari Terengganu, raya haji kat sana la.Rumah...jangan citer le!bersepah sungguh, tak tau nak mula berkemas yang mana dulu. Apatah lagi nak pindah rumah ni, suami dah mula buka kotak..he he isteri dok sibuk nak update blog!maklumlah orang baru belajar..semangatnya berkobar2,cerite pun banyak nak dikarang...

Ok la,lain kali sambung lagi,nanti bising lak cik abang tu.."yaaang barang belum kemas ni,yang mana dulu nak masuk kotak ni?"hah suami tersayang dah memanggil.

Apapun banyak lagi catatan yang akan menyusul dalam mengharungi kehidupan ini,insyaAllah


catatan
kini baru ku sedar seronoknya ada blog...he he, lagi pun masa cuti ni..panjang lak tu

HARI-HARI CUTIKU


Assalamualaikum Wm.Wbt

Sungguh menyeronokkan!Itulah luahan rasa seorang ibu yang berkerja kerana sekarang cuti sekolah yang paling panjang.Dapat bersama-sama anak dan melihat mereka bermain,bergaduh,berlakon,berinteraksi dan macam-macam aksi lagi. Semua aksi mereka dapat disaksikan sendiri.3 puteri 2 putera menyajikan pelbagai watak!Mencabar tugas seorang ibu!Apatah lagi ketiadaan abahnya yang bermesyuarat selama 3 hari!

"Kakak Ijah belum mandi kan!Jom mandi!,"aku memujuk anak ke 4 ku Khadijah Salsabila,apa jawabnya? Anak yang terkenal paling petah berkata-kata"Adik Sumayyah pun belum mandi kan!Kakak Ijah nak main dulu ni"sambil menjeling manja,aduh susah betul bila dia mula memberi alasan."Ummi tengok abangah ni,kacau abangcik main!"Adu anak ketigaku Ibrahim Adham,"Mana ada ummi!Ibrahim tu yang ciwek...."tingkah Muhammad Rushdan anak keduaku.Walau apapun hatiku berbunga mekar dengan keletah mereka.Cuti inilah peluang yang amat dinanti oleh aku dan suamiku untuk mengenali watak2 permata kami. Sekaligus peluang untuk kami langsung menegur dan mendidik. Kadang2 lucu dan bengang kerana selang seli mereka mengadu rasa tak puas hati di kalangan adik beradik yang turut menjadi rakan sepermainan paling akrab!

"Kakak tolong jaga adik ya..ummi nak masak ni,"pintaku pada anak sulungku Maryam Husna. Kakak sekarang sangat perihatin kepada adik2nya.Perubahan ini sangat2 mengembirakan kami,kerana sebelum ini kakak banyak menghabiskan masa untuk menguruskan dirinya sahaja..maklumlah nak menduduki UPSR!Alhamdulillah berkat usaha dan bimbingan guru2 serta doa yang tak putus2 daripada semua, kakak berjaya mendapat 5A dan Mummtaz dalam PSRA. Semoga rezeki kakak terus dilimpahi dan diizinkan oleh Allah Taala untuk meyambung perjuangan di Maahad Tahfiz..amin ya rabb!Allahumma yassir wa la tu'assir wa atmim bilkhair!

Cuti masih panjang..Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk mendidik anak-anak kami menjadi 'penyejuk mata' dan pemimpin untuk orang2 yang bertaqwa!perjalanan masih jauh..ya Allah ya Rahman ya Rahim kepadaMu kami memohon dan kepadaMu kami berserah,sesungguhnya engkau Maha Berkuasa ke atas seluruh makhlukMu di alam fana' ini.

SIAPA KITA?

on Thursday, November 12, 2009

ASSALAMUALAIKUM semua pengunjung yang dirahmati Allah


Semoga kita sentiasa diberi taufik dan hidayah oleh Allah yang Maha Penyayang kepada hambanya.Persoalannya adakah hidayah akan sentiasa bersama kita?Sesungguhnya Allah akan memberi hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya.Bernama muslim bukan tiket untuk selamat dunia akhirat.Mana mungkin kita melakukan ibadah khusus seperti solat puasa dan haji,kita rasa sudah dekat dengan Nya..Bagaimana kerja kita?Adakah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan syariat?Tanggungjawab sebagai anak kepada ibu dan bapa termasuk mentua?Siapa kita kepada mereka?Ikhlas kita melayani mereka?Bagaimana tugas kita sebagai isteri?Suami?Bapa?ibu?pelajar?Ya....semuanya menuntut pengorbanan berlandaskan ibadah kepada Allah. Tiadanya rasa segala-gala dalam hidup ini ibadah, akan menjadikan kita melalui kehidupan ini seperti datang dan perginya siang dan malam silih berganti. Sedangkan Allah jadikan sunnatullah alam ini ada tugas dan sebab musababnya.Mereka semua tidak henti2 berzikir dalam melaksanakan tugasan yang ditetapkan Allah.Sedangkan kita zikir bila perlu atau masa2 tertentu seperti selepas solat aje.Oleh itu ikutlah sabda Nabi SAW "Sesungguhnya setiap pekerjaan dinilai daripada niatnya". Sebelum memulakan tanggungjawab kita berniatlah semuanya kerana Allah Taala sahaja.Bersegera mengingati kehebatan dan kekuasaanNya jika kita merasa alpa,terlampau dan takabbur dalam meneruskan tugasan di muka bumiNya. Kita miliknya..apa sahaja boleh terjadi dengan kehendaknya..siapalah kita di sisinya..langsung tidak bernilai amalan kita kecuali dengan rahmatNya.SESUNGGUHNYA HIDUP INI IBADAH..DI MANA!BILA-BILA MASA!



dalam percubaan lagi

on Sunday, November 8, 2009





















CUBAAN SEMATA-MATA ..

KEPADA PENGUNJUNG YANG TERSESAT JALAN DAN MENEMUI BLOG INI .. HARAP MAAF LAH YA ATAS KETIDAK SEMPURNAAN. MASIH DALAM PROSES CUBA JAYA

TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI



salam dari ustazahrafrar

Alhamdulillah dengan izin Allah swt dan dorongan serta bimbingan SUAMI TERSAYANG lahirlah sebuah lagi blog dari SBPISB ... dengan nama ustazahrafrar Mardhatillah secara rasminya pada hari ini Ahad 8 November 2009 jam 2.00 petang

Blog dilihat sebagai satu medan dakwah terkini dan berkesan dalam dunia global hari ini yang tak pernah terlintas dan termimpi untuk ustazah memilikinya sendiri. Maka bermulalah satu era baru dalam usaha peningkatkan kualiti dan kemahiran diri dengan matlamat mencari redha Ilahi

Buat rakan SBPISB semua ... jom sama-sama kita belajar membina dan memiliki blog sendiri pada hari rabu depan tanggal 11 november 2009 dalam LADAP siri terakhir 2009 .

jumpa di LADAP nanti ya.