BONDA tersayang....

on Wednesday, December 2, 2009

Assalamualaikum wm.wbt,

Tiada madah untuk dituturkan,tiada bicara yang boleh kami luahkan,tanda terima kasih kami kepada mu wahai BONDA! Tapi sekarang bonda keseorangan kami tinggalkan..bonda boleh menjaga kami adik beradik seramai 6 orang,tapi kami...!telah 17 tahun Ayahanda pergi meninggalkan kita semua,tapi bonda tetap mahu tinggal di rumah peninggalan ayahanda.

Untuk kesekian kalinya pada hariraya aidiladha yang lalu kami adik beradik berkumpul,bermaafan,bergelakketawa,berbincang,memujuk dan menyuarakan pandangan,namun bonda tetap mahu di rumah itu! Rumah yang telah banyak meninggalkan 1001 cerita suka duka bonda dan ayahanda dalam membesarkan kami semua.

Kami tahu ayahanda dan bonda sangat tabah dalam membesar serta mendidik kami.
Hasilnya kesemua kami dapat merasai nikmatnya hidup di menara gading samaada di dalam maupun luar negara. Kini semua kami sudah mempunyai kerjaya masing2. Tapi bonda tetap bonda..salah dan silap kami masih lagi dibebel macam dulu,bonda terlalu perihatin dan menyayangi anak2nya. Bonda tak mau anak2 mewarisi kehidupannya yang buta huruf dan serba kekurangan.

Bonda...
Walau apapun keputusan yang bonda buat,walaupun kami berjauhan,walaupun kami tak boleh mendengar celotehmu,walaupun kadang2 tersasul bicara, walaupun kau kadang2 terkilan dengan sikap anak2 yang menunjuk terlampau pandai,ketahuilah...wahai bonda kami tetap meyayangimu setulus hati kami.Hanya doa yang kami iringi setiap kali selepas solat..semoga bonda sentiasa diberi kekuatan dan kasih sayang Allah dalam mengharungi kehidupan sendirian.
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menngasihaniku semasa kecil...amin ya Rabbal aalamin! Taqabbalallah

0 comments:

Post a Comment