KERJA vs KELUARGA

on Friday, February 12, 2010
Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepadamu ya Allah,kerana akhirnya dapat juga menulis di blog yang sudah lama terbiar ini...sedihnya,nak buat macammana,mula aja persekolahan baru bermulalah episod baru,bermula dari dinihari seawal jam 4.30 @ 5.00 pagi pergerakan mesti pantas dan seperti yang dijadualkan. Segala mesti disiapkan sebelum jam 7.00..itupun dengan bantuan abangku sayang,(jazakallah ya bang..)kalau idak kena guna plan B..Alhamdulillah kami tinggal di kuarters sekolah.

Hari-hari yang dilalui terasa amat singkat dan pantas. Kerja2 sekolah ada yang tidak sempat disiapkan terpaksa dibawa balik ke rumah! Kadang2 tak terusik langsung,macam tu balik cam tu la perginya semula. Rasa bersalah teramat sangat bila kerja tak siap! Ni sambung semula selepas terbengkalai 2 hari..panggilan jihad!(si kecik yang 11 bulan terjaga..apalagi nak menyusu la tu). Alhamdulillah masih lg susu badan sepenuhnya bila tak kerja,sama cam kakak2 dan abang2nya.



Sekarang hari2 yang penuh dugaan dalam hidupku. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang,dalam ujiannya terasa penuh keni'matan, semua ini adalah ujian keimanan;


i. Bonda tinggal keseorangan di kampung,sentiasa ulangalik setiap hari ke rumah abang dan adik (jazakallah buat buat adikberadik di kampung),hati mana tak sedih kerana bonda tak mau tinggal bersama dek kerana tak nak tinggalkan rumahnya




ii. Aku adalah ibu bekerja dan mempunyai anak 5 yang masih kecil! Huh....amat mencabar dan kesin kepada mereka kerana kadang-kadang kena marah kerana tak melakukan sesuatu seperti yang dijadualkan! Terima kasih tidak terkira untuk suami yang cukup2 memahami dan banyak membantu.."bang petang ni ayang tak sempat masak!Camne ye? Tak apa makan apa yang ada..". Allahuakbar! Maha suciMu ya Allah kerana telah mengurniakan kepadaku seorang suami yang amat amat baik dan menyayangi diri ini, SYUKUR padaMu ya Allah.





iii. Anak sulungku dah tak tahan dengan jadual ketat pembelajarannya terutama bila waktu tidurnya hanya lebih kurang 3 jam. Ya Allah berilah ketabahan, kesabaran dan kekuatan kepada anakanda Maryam dalam usahanya menjadi penuntut ulul albab! Tapi kalau empunya diri sudah tidak berupaya, nak buat macam mana lagi, ku serahkan segalanya padaMu ya Allah.


iv. Terakhir.. yang paling mengembirakan tanggal 20 Februari ni aku akan mendapat adik ipar! Adik yang bongsu akan menamatkan zaman bujangnya setelah begitu lama menanti saat ini...Kesabaranmu dik akhirnya berbaloi! Nampaknya balik ganu la ni! Huh seronoknya dapat berkumpul adik beradik, anak buah dan saudara mara.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mnereka tidak diuji?"
"Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang dusta" (al-ankabut:2-3)


5 comments:

azimah-Butik Nur Kasih said...

bwk balik kerja ke rumah tp tak berusik. samaler kita huhu... ni kami tak balik kg coz nak setelkan kerja2 tertangguh. nak update fail panitia etc.. mak kat kg bising jgk. mujur dkt jer so rabu ni baru blk. eh lama tak kuar umah dok buat apa? iman ternanti2 kak ijah n abg cik kuar main ptg2...

Saufi said...

huh..ustazah..bertuah dpt ustaz amir huhu..sy nak jadi mcm tu la nnti..ade pe2 tips hehe..by the ways..setiap kehidupan yang dilalui adalah pengalaman yang berharga dalam diri..teruskan berusaha menddidik anak bangsa..takbir.. :)

ustazahrafrar said...

Alhamdulillah!rezeki ustazah...semoga saufi pun bertuah mendapat isteri solehah penyejuk mata...saling lengkap melengkapi,oleh itu mulalah berdoa dari sekarang dan terus baiki kualiti diri..semoga dirahmati Allah selalu

nurain said...

Assalamu'alaikum..

mama ^_^ hehe...ingat lagi masa usrah dulu mama ada pesan "kalau nak jodoh yang baik, do'alah dari sekarang"

Makbonda said...

Salam Ustazah.Ya,dalam ceramah2 ustaz Amer,selalu di cerita banyak tolong isteri,saya yakin dia suami yang soleh,suami contoh,tahniah masih dapat bertahan di SBPI.

Post a Comment