RAMADHAN KALI INI (1432H)

on Wednesday, August 3, 2011
Assalamualaikum, wm.wbt
RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin.
Tahun ini tahun pertama anakku yang ke empat Khadijah Salsabila belajar berpuasa. Orangnya cilik aja tapi mempunyai semangat yang agak hebat berbanding abang-abang dan kakaknya. Hari pertama puasanya sampai jam 5.30 petang, merengek-merengek minta susu, akhirnya sebotol susu dihulurkan juga apabila pujukan dah tak jalan.
Tahniah Kakak Ijah! semalam dia dapat menghabiskan puasanya sehingga azan maghrib. Tetapi rengekkannya langsung tidak berhenti untuk berbuka sekali lagi seperti semalam. Puas kami memujuk dan terus memujuk dan akhirnya 15 minit sebelum berbuka dia tertidur di dapur berhampiran kakiku....Mmmm..lega rasanya.

Tetapi kami langsung tak sangka ungkapan ini yang keluar ketika berbuka"Ustaz kata puasa 'best'! Tapi langsung tak 'best'!" katanya sambil minum air oren yang telah awal-awal ditempahnya khusus untuk dia seorang. Aku pun menjawab,"Puasa ini nak ingat orang susah, tak ada makanan, tak ada duit nak beli macam-macam, 'best' ke jadi macam tu"? aku bertanya, abahnya menambah,"kita dah selalu kenyang, banyak makanan, apa salah sekali sekala jadi tak 'best' kerana ingatkan orang yang susah kan!" Anakku sorang ni bijak bercakap dan berhujah, apa katanya lagi,"Tapi masa berbuka memang 'best'!" katanya sambil mengunyah kuih ketayap kegemarannya (juga kegemaran abahnya dan adiknya..). Lantas aku bertanya,"Esok nak puasa tak?" "Nak!,"jawabnya bersemangat. Huh lega rasanya, tak payah ada adegan pujuk memujuk lagi.

Walaupun Khadijah ni anak yang agak cerewet dan pandai berkata-kata, tetapi puasa di bulan Ramadhan ini tidak seperti abang-abang dan kakaknya. Antara ayat-ayat 'power' mereka dulu ketika menghampiri jam 6 petang ialah, "aduh ummi abah dah tak tahan ni...., aduh sakitnya perut ni macam nak putus rasanya, aduh rasanya macam nak mati!" Itu antara rengekkan mereka yang masih aku ingat.
Itulah asam garam dalam mendidik anak-anak berpuasa. Yang amat penting ialah penjelasan kita kepada mereka kenapa perlu berpuasa di bulan Ramadhan. Kesabaran juga mesti tinggi untuk menangani kerenah mereka yang baru belajar nak menahan lapar dan dahaga selama lebih kurang 14 jam. Maha Benarlah Kalamullah dalam surah al-Baqarah ayat 183, mafhumnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu berTAQWA"





2 comments:

Makbonda said...

tahniah Khadijah juga umi dah abahnya. Rezeki Khadijah punya abah dan umi yang bermotivasi tinggi...pandai sahaja mematahkan hujah si cilik.

Selamat ber Ramadhan.

ustazah said...

Masih byk kekurangan kak..kena berguru dengan orang lbh berpengalaman seperti akak, terima kasih kerana berkongsi ilmu secara maya ini

Post a Comment