PMR 2009..bersyukur kepadaMU ya ALLAH

on Sunday, December 27, 2009

Assalamualaikum Wm.Wbt. kepada semua

Gembira dan sedih silih berganti...Itulah wajah anak-anak murid yang datang mengambil keputusan peperiksaan PMR 2009. Tahniah!Tahniah! berselang seli guru, kawan-kawan dan juga ibubapa mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Pujukan dan harapan diberikan kepada anak-anak didik yang tak berjaya mendapat 9A . Kesedihan menyelubungi wajah mereka setelah melihat slip keputusan....

Anak-anak didik sekelian,
Kejayaan adalah impian semua anak-anak yang berjuang selama 3 tahun termasuk ibubapa dan guru-guru. Kegagalan tidak bermakna anak-anak telah gagal semuanya. Kita merancang dan berusaha ke arah itu, tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya.... Redha akan memberi ketenangan di hati anak-nak sekelian. Gagal sekarang tidak bermakna anak-anak akan gagal untuk kesekian kali...

Kami guru pun turut berkongsi rasa,gembira dan bersyukur kepada Ilahi kerana usaha dan doa selama ini dimakbulkan. Alhamdulillah gred purata sekolah terus meningkat!Bahasa Arab meningkat peratus A nya kepada 80%. Yang paling penting semua lulus....Tapi Pend.Islam tahun ini nampaknya tak ada rezeki nak mengekalkan pencapaian 100% A ,dan tahniah KHB yang telah merampas kembali takhta ini. Sedih kerana belum rezeki untuk mencapai sasaran 100% A semua subjek. Tahun depan kita terus berjuang..semoga perjuangan kita terus diberkati Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rezeki kepada hamba2Nya.

Buat anak-anak didik yang telah menghantar sms memohon maaf kerana tidak mendapat A dalam dalam subjek B.Arab maupun Pend.Islam, usahlah merasa bersalah....anak-anak semua telah berusaha bersungguh-sungguh namun rezeki belum lagi menyebelahi anak2. Mohonlah keampunan dan petunjuk dari Ilahi,moga-moga anak2 akan dikurniakan ni'mat dan rezeki lain yang lebih baik lagi. Kami para guru juga redha dengan ketentuan dariNya,mohon MAAF andainya kekurangan kami menjadi penyebab kegagalan anak-anak! Kami juga insan biasa, yang banyak kelemahan dan kekurangan..Buktikan anak-anak adalah insan yang terpilih dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri ketika anak2 berada di ting 4 nanti. USAHA, DOA dan TAWAKKAL demi sebuah kejayaan di dalam SPM 2011. Tetapi ingatlah kejayaan yang paling utama dan paling penting ialah berjaya di dunia dan menjadi golongan yang berjaya di negeri akhirat kelak...

"WAHAI TUHAN KAMI KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA, DAN JUGA KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARIPADA AZAB API NERAKA"

1 comments:

Anonymous said...

salam,
terima kasih yang tak terhingga ustazah!
alhamdulillah 8a tp 1b nyer arab
maafkan saya ustzah
doakan arab saya dpt A lps recheck

Post a Comment