Alhamdulillah dan Terima kasih.......Surau as-Syakirin

on Saturday, July 16, 2011

Assalamualaikum wm.wbt...
Salam rindu kepada semua yang selalu mengintai-intai blog ini, mohon berbanyak maaf , bukan tidak ada masa sebenarnya untuk 'post' baru tapi, tapi mungkin sifat saya yang lebih suka membaca dan membaca, jadi jika ada masa terluang saya lebih suka membaca tulisan dan buah fikiran orang lain. Apatah lagi jika ilmu itu untuk kebaikan diri dunia dan akhirat.
Sesungguhnya saya cukup tak sabar untuk menulis tentang perubahan surau di sekolah...



Usaha-usaha yang dilakukan semenjak bulan Februari lagi, anak-anak BADAR memulakannya dengan mengecat dalaman surau dengan warna hijau pucuk pisang dan hijau lumut, terima kasih Nur Ibrahim dan AJK nya. Oleh itu kita terpaksa memadam khat yang dibuat oleh AJK BADAR sebelum itu yang diketuai oleh Ibrahim Murad, kami memohon berbanyak maaf ya, bukan tidak menghargai usaha anak-anak BADAR sebelum ini, tetapi demi untuk penjenamaan semula surau, kita terpaksa berkorban....semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya kepada anak-anak BADAR sekelian. Sehingga sekarang kita belum lagi menggantikan tulisan khat itu....





Untuk pemantauan Hari Q peringkat PPD Sabak Bernam, kami memulakan usaha melengkapkan, menghias dan mencantikkan surau ini seawal bulan Julai lepas. Terima kasih Ustazah Maziah, Ustazah Siti Zainab, Ustaz Amir dan Ustaz Anuar serta anak-anak BADAR yang dikasihi. Berkat ketekunan dan usaha yang tidak mengenal penat lelah akhirnya surau kita sangat cantik dan sedap mata memandang!(pada mama).Berbaloilah kalau kita terpaksa balik jam 12 dan 1 pagi setiap hari demi surau yang kita sayangi. Sekarang ini ia menjadi salah satu tempat yang diminati oleh para pelajar untuk datang beramal dan belajar. InshaAllah mama tengah usahakan sofa untuk anak-anak duduk di bahagian bawah sambil beramal dan mengambil keberkatan surau kita. Doakan kita akan mendapat dana secepat mungkin ya.



Rabu lepas Ustaz Malik dan Ustaz Azrai telah datang membuat pemantauan surau kita. Apa sangat lain pada pandangan mereka ialah bahagian ampaian telekung perempuan yang telah kita tukar baru-baru ini. Nampak sangat kemas!Alhamdulillah, berjaya kita membantu pelajar perempuan mengantungkan telekung mereka dengan kemas dan cantik mata memandang. Menang atau tidak bagi mama adalah nombor dua, kerana yang paling penting mama rasa segala usaha kita selama ini sangat berbaloi bila semua warga SBPISB rasa seronok bila ke surau....Alhamdulillah! Hilang segala penat lelah selama ini......











Semoga usaha yang sedikit ini menjadi pemangkin kepada warga SBPISB untuk bersegera ke surau dan berusaha menambah amal dan mempertingkatkan kualitinya, inshaAllah. Semoga Allah memberkati kita semua!

3 comments:

ahmed irfan said...

Assalamualaikum ustazah.
Moga ustazah dan ustaz sihat sejahtera dlm keredhaan Allah.

Alfun mabruk. cantik sungguh surau assyakirin nampaknya. kami betul2 cemburu dgn pelajar2 intesaber skrg sbb masih berpeluang utk mengimarahkan surau tu.sungguh, zaman persekolahan adalah zaman yg paling indah dan bermakna dlm hidup. jazakumullah khairan kathiran atas didikan selama ini.

ustazah said...

w'salam,Allahubarik fih, ini hasil dedikasi para pelajar SBPISB gak.ingat tak masa irfan kita asyik tak boleh buat aja usrah kan...belum rezeki kot!tapi alhamdulillah tahun ni kita boleh bergerak dengan lebih lancar..

ieyzasayang said...

salam ustazah.
yang ada gambar petak2 tu sudut apa.
saya dr sabah,. tengah menghias surau jugak, sek kami ada pemantau awal januari tahun hadapan. jadi kami siapkan sedikit demi sedikit

Post a Comment