TERIMA KASIH SUAMIKU.....

on Thursday, November 25, 2010



Assalamualaikum....khususnya buat suami tercinta,







Terima kasih di atas segalanya
Terima kasih kerana sudi menjadikan diri ini suri hidupmu
Terima kasih kerana menerima daku seadanya
Terima kasih menjadi pelindung diri ini
Terima kasih kerana menjadi sifuku
Terima kasih kerana kau suamiku selama 15 tahun ini dan moga selamanya
Semoga cinta dan kasih kita kerana Allah





Jamuan Akhir Tahun 2010

on Sunday, November 21, 2010












Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar...nak dijadikan cerita jamuan Persatuan Agama Islam (PERSIS) dan kelas 4 Syakirah (4S) jatuh pada hari yang sama!(9 Nov 2010 - dah lama tu..he he) Oleh itu petang ditetapkan untuk PERSIS dan malam pulak untuk kelas 4S. Terima kasih semua kepada semua anak-anak (BBQ) dan rakan-rakan guru (Ustazah Siti Zainab-mm.. buat lagi pizza ya, dan Ustazah Maziah dengan nasi goreng yang sungguh enak) yang bertungkus-lumus menyediakan semua juadah. Maaflah mama hanya menyediakan rumah sebagai tempat jamuan. Kebetulan esoknya adalah Hari Anugerah Q untuk Kokurikulum dan Sistem Rumah, dan saya ditugaskan bahagian jamuan. Apalagi kami team jamuan tersangatlah sibuknya menyediakan sebuah bilik Jamuan VIP yang sebelum ini menggunakan Bilik Gerakan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah...semuanya siap dan berjalan lancar. Terima kasih anak-anak semua dan juga rakan-rakan yang disayangi.
Tetapi kemaafan dipohon buat anakanda 4S kerana tak sempat merakam gambar anak-anak semua pada malam jamuan tersebut. Mama seronok sangat kerana anak-anak boleh menyediakan sendiri jamuan pada malam itu. Apa lagi menunya sangat mengujakan guru-guru yang datang...ala barat gitu, 'chicken chop' dan 'spagetti'. Yang lebih terharu mama dapat hadiah set periuk dan sebuah bag yang boleh dibawa ke sekolah..terkedu kejap bila mendapat penghargaaan sebegitu rupa daripada anak-anak sekelian. Apa pun gelak-tawa , susah senang sepanjang setahun kita bersama, amat-amat mama hargai. Yang baik itu jadikan ikutan dan yang tak elok jadikan sempadan ya..
Adapun gambar-gambar PERSIS ini adalah ehsan suami tersayang..yang juga telah siap 'upload' gambar-gambar ni. Punyalah cik abang nak tolong isterinya supaya rajin menulis, terima kasih bang...



Tragedi di pagi Jumaat

"Dum!", tiba-tiba kereta yang aku pandu dilanggar ketika ingin membelok ke simpang sebelah kanan jalan utama. Aku membrek dan dapat melihat sebuah kereta melanggar longkang besar. "Masya Allah apa dah jadi ni? Kenapa aku dilanggar?", persoalan itu berlegar di benakku seketika. Dengan tenang aku memandu menyeberangi jalan dan menghentikan kereta di jalan sebelah.



Aku keluar daripada kereta untuk melihat keadaan kereta yang melanggar keretaku tadi. Tetapi baru beberapa tapak aku berjalan, badanku lemah dan menggigil. Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar....Allah masih sayangkan kami, tiada seorang pun yang cedera dalam kemalangan ini, walaupun kereta yang melanggarku tadi rosak teruk.

Walaupun dilihat daripada kejadian dan menurut saksi yang melihat aku tidak bersalah disisi undang-undang dunia, tetapi aku melihat ini sebagai satu PERINGATAN daripada Allah kepada kami yang terlibat. Aku adalah insan yang lalai dan kadang-kadang melalaikan orang sekeliling iaitu suamiku dan anak-anakku juga keluarga kami di kampung. Oleh itu ingatlah firman Allah dalam surah as-Syuara':30 (yang bermaksud);

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan(atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan(dari perbuatan salah dan dosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa-dosa kamu."

Maka semua musibah yang menimpa kita itu akibat dosa-dosa kita, jika Allah akan membalas di dunia, maka siapa yang telah dihukum di dunia maka tidak akan di ulang di akhirat, demikian pula jika Allah telah memaafkan seseorang maka tidak akan dituntut seksa hari kiamat. Tetapi sejauh mana kita sebagai manusia yang sering alpa ini mengambil iktibar di atas peringatan Allah itu....
Sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a. bermaksud kira-kira;
"Tidak menimpa kepada seseorang mu'min suatu musibah samaada duri atau yang lebih dari itu melainkan Allah menggugurkan dengan itu satu dosa"
Sebagai mu'min kita disuruh menyebut 'Innalillahi wa inna ilaihi rajiun apabila menerima sesuatu ujian dan musibah, seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155-157. Semoga kita tergolong daripada kalangan mereka yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan serta mendapat rahmatNya, dan akhirnya mendapat petunjuk hidayahNya.

Alhamdulillah...akhirnya

on Saturday, November 13, 2010



Assalamualaikum kepada semua,

Setelah lama menyepi, saya rasa tibalah masanya untuk menulis semula. Hari ini bermulalah cuti di sekolah saya.


Semoga peluang ini dipermudahkan oleh Allah untuk saya menulis dan terus menulis.


Terima kasih.. Jazakalllah khairuljaza' istimewa untuk suami tersayang kerana sudi membantu memberi kelainan kepada blog ini.. semoga imej baru mampu menyuntik semangat yang lebih membara.