Jamuan Akhir Tahun 2010

on Sunday, November 21, 2010












Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar...nak dijadikan cerita jamuan Persatuan Agama Islam (PERSIS) dan kelas 4 Syakirah (4S) jatuh pada hari yang sama!(9 Nov 2010 - dah lama tu..he he) Oleh itu petang ditetapkan untuk PERSIS dan malam pulak untuk kelas 4S. Terima kasih semua kepada semua anak-anak (BBQ) dan rakan-rakan guru (Ustazah Siti Zainab-mm.. buat lagi pizza ya, dan Ustazah Maziah dengan nasi goreng yang sungguh enak) yang bertungkus-lumus menyediakan semua juadah. Maaflah mama hanya menyediakan rumah sebagai tempat jamuan. Kebetulan esoknya adalah Hari Anugerah Q untuk Kokurikulum dan Sistem Rumah, dan saya ditugaskan bahagian jamuan. Apalagi kami team jamuan tersangatlah sibuknya menyediakan sebuah bilik Jamuan VIP yang sebelum ini menggunakan Bilik Gerakan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah...semuanya siap dan berjalan lancar. Terima kasih anak-anak semua dan juga rakan-rakan yang disayangi.
Tetapi kemaafan dipohon buat anakanda 4S kerana tak sempat merakam gambar anak-anak semua pada malam jamuan tersebut. Mama seronok sangat kerana anak-anak boleh menyediakan sendiri jamuan pada malam itu. Apa lagi menunya sangat mengujakan guru-guru yang datang...ala barat gitu, 'chicken chop' dan 'spagetti'. Yang lebih terharu mama dapat hadiah set periuk dan sebuah bag yang boleh dibawa ke sekolah..terkedu kejap bila mendapat penghargaaan sebegitu rupa daripada anak-anak sekelian. Apa pun gelak-tawa , susah senang sepanjang setahun kita bersama, amat-amat mama hargai. Yang baik itu jadikan ikutan dan yang tak elok jadikan sempadan ya..
Adapun gambar-gambar PERSIS ini adalah ehsan suami tersayang..yang juga telah siap 'upload' gambar-gambar ni. Punyalah cik abang nak tolong isterinya supaya rajin menulis, terima kasih bang...



0 comments:

Post a Comment