USRAH 2011 dan Surau as-Syakirin

on Friday, February 11, 2011

Assalamualaikum wm.wbt.....

Alhamdulillah kita telah masuk bulan kedua tahun 2011. Nampaknya baru kali ini saya berkesempatan menulis, ini pun setelah si kecik tidur dengan lenanya. Nampaknya dia sangat penat kerana selepas maghrib tadi ikut sama Program Usrah pelajar. Usrah Putera di Surau as-Syakirin, manakala Usrah Puteri di Cafe d'Ria.

amboi ... awal selesai usrah nampaknya group ni. Dah faham la agaknya tu ya


Bersyukur tahun ini kerana program usrah pelajar berjalan agak lancar. Masuk bulan dua ini telah empat kali usrah diadakan. Terima kasih Ustazah Maziah yang merupakan guru yang mengetuai Biro Usrah di sekolah serta guru-guru Murabbi semua. Begitu juga anak-anak BADAR yang merupakan naqib dan naqibah, komitmen rakan-rakan ustaz dan ustazah serta anak-anak semua mama ucapkan jazakumullah khairul jaza'. Semoga usaha kita ini dipermudahkan oleh Allah dan seterusnya menjadi salah satu wadah menyatukan hati-hati pelajar sekolah kita. SYABAS! Mama rasa sangat bangga kerana tahun inilah Usrah dapat berjalan lancar hasil daripada istiqamah semua pihak.

sempat juga posing kejap....

Dedikasi ini juga untuk anak-anak BADAR yang telah bertungkus lumus membantu menjenamakan semula Surau as_Syakirin termasuk mengecatnya semula. Dari warna krim dan agak kosong kita berikan kelainan dengan gabungan warna hijau lumut dan hijau pucuk pisang! Dah siap 50%..."mama surau kita dah cantik!" luah beberapa pelajar! Itu belum siap sepenuhnya lagi! Kalau dah siap, kita akan lihat kelainannya, lepas ini harap-harap anak-anak semua akan melangkah dengan penuh semangat bila nak ke surau ya. Lepas siap semua surau ni boleh lah kita buat jamuan insyaAllah

Minggu depan kita akan menyambut Maulidurrasul. Sambutan peringkat sekolah akan diadakan selama dua hari bermula Isnin ini iaitu 14 Februari ini. Sambutan akan bermula jam 7.30 pagi dengan alunan solawat dan nasyid daripada pasukan nasyid sekolah (az-Zafran). Kemudian majlis diteruskan dengan ceramah daripada Ustaz Muhammad Ashraf. Majlis diakhiri dengan solawat dan tidak lupa jamuan serta acara pemotongan kek, simbolik ulangtahun kelahiran Junjungan Besar kita Muhammad SAW. Manakala sambutan hari kedua iaitu hari Selasa pula bermula jam 8.00 pagi dengan acara pertandingan perarakan beserta sepanduk antara 4 rumah di sekolah ini rumah Kripton, Xenon, Helium dan Radon. Wah! tentu menarik kerana apa sahaja pertandingan melibatkan rumah tentu akan memperlihatkan persaingan sengit di kalangan pelajar dan guru juga. Seterusnya acara kedua yang bermula jam 10.00 pagi ialah Program Eksploriadah untuk mencari khazanah keunggulan Nabi Muhammad SAW! Tentu menarik dan seronok kan! Semoga sambutan Maulidurrasul ini bukan sekadar sambutan rutin setiap tahun tetapi menjadi titik tolak kepada menghayati kehidupan Baginda Rasulullah dalam perjalanan kita mutakhir ini.

3 comments:

Unknown said...

like! x jemput kami ke mama..

Izzah said...

menarik nyerr sambutan maulidur rasul tahun ne

ustazah said...

Alhamdulillah! datanglah! bila2 masa boleh kembali ke sekolah...mama rindu kalian, memang menarik sambutan tahun ni,bermula dengan ceramah yang menginsafkan! kemudian perarakan yang sgt mengujakan! maklumlah pertandingan antara rumah!

Post a Comment