Assalamualaikum, wm.wbt
RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin.
Tahun ini tahun pertama anakku yang ke empat Khadijah Salsabila belajar berpuasa. Orangnya cilik aja tapi mempunyai semangat yang agak hebat berbanding abang-abang dan kakaknya. Hari pertama puasanya sampai jam 5.30 petang, merengek-merengek minta susu, akhirnya sebotol susu dihulurkan juga apabila pujukan dah tak jalan.
Tahniah Kakak Ijah! semalam dia dapat menghabiskan puasanya sehingga azan maghrib. Tetapi rengekkannya langsung tidak berhenti untuk berbuka sekali lagi seperti semalam. Puas kami memujuk dan terus memujuk dan akhirnya 15 minit sebelum berbuka dia tertidur di dapur berhampiran kakiku....Mmmm..lega rasanya.

Itulah asam garam dalam mendidik anak-anak berpuasa. Yang amat penting ialah penjelasan kita kepada mereka kenapa perlu berpuasa di bulan Ramadhan. Kesabaran juga mesti tinggi untuk menangani kerenah mereka yang baru belajar nak menahan lapar dan dahaga selama lebih kurang 14 jam. Maha Benarlah Kalamullah dalam surah al-Baqarah ayat 183, mafhumnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu berTAQWA"